Hati tak berapa stabil nih..Perlu banyak lagi ubat hati nih. Tapi alhamdulillah setakat nih banyak sangat rancangan berunsur islam dekat tv iaitu Oasis saluran 106 Astro, tv 1, tv 3, tv 9 dan terbaru stesen tv Al-Hijrah. Paling aku suka tonton Indahnya Iman dekat astro Oasis. Banyak sangat zikir yang best-best. Aku suka dengar suara Ustaz Amal, Arwah Ustaz Asri, Ustaz Dzul Karnain, Munif.. InsyaAllah aku akan upload satu zikir yg paling aku suka dan aku hafal, zikir dukacita by Ustaz Amal. Subhanallah,sangat merdu. Oasis memang rancangan yang berunsurkan Islam seperti Imam Muda, Kalam Suci dan macam-macam lagi.
Tv 9 pun sangat bagus sebab banyak rancangan agama seperti Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah, Semanis Kurma, Usrah, Halaqah Sentuhan Qalbudan macam-macam lagi. Kalau tv 3 tersohor dengan Al-Hidayah, Al-Kuliyyah, motivasi Pagi. Kalau tv 1 pulak semestinya forum perdana, hafazan dan banyak lagi. Tapi alhamdulillah, sekarang dah ada betul-betul rancangan televisyen islam macam Al-Hijrah. Suka tengok Assalamualaikum, dapat tengok Irma Hasmi yang kini manis bertudung. Selain itu, KL Berselawat.
Bagus sangat-sangat, sekarang hiburan dapat diganti dengan alunan bacaan ayat suci al- quran, zikir-zikir merdu, selawat dan marhaban. Terima kasih semua, moga-moga lebih banyak lagi ubat hati untuk aku especially :)
p/s: baru tonton Kalam Suci padahal dah lama siar..takpelah,,dapat sedikit ilmu :)
No comments:
Post a Comment
thanks :))