Aku manusia biasa. Mesti paham maksud aku kan? Biasalah, fitrah manusia Allah jadikan berpasangan. Lelaki dan perempuan. Sama macam Nabi Adam A.s dan Hawa. Tapi buat masa nih hati aku hanya milik Dia. InsyaAllah selagi belum berkahwin cinta aku milikMu Ya Rabb. Kalau dulu aku selalu berangan nak jadi macam dalam cerita Korea. Biasalah cerita korea kan semua indah-indah, ala-ala sweet camtuh macam movie My Gf is Gumiho.. tersangat in love lah dengan movie tuh. Tapi sekarang semua tuh dah takda dalam kamus hidup aku, tapi aku still tengok cerita korea tapi setakat tengok dan minat je. Sekarang aku lebih terarah untuk lebih mencari cinta yang hakiki. Kalau boleh, taaruf terus nikah dan terus bercinta. Indahnya,, insyaAklah moga termakbul. Ya Allah, berikan hambaMu ini jodoh yang terbaek untuk dunia akhiratnya. Amin :))
"Seseorang itu tidak beriman sehinggalah dia mengasihi terhadap saudaranya seperti mana dia kasih terhadap dirinya sendiri" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sunday, 10 July 2011
Wednesday, 6 July 2011
islamik channel
Assalamulaikum..
Hati tak berapa stabil nih..Perlu banyak lagi ubat hati nih. Tapi alhamdulillah setakat nih banyak sangat rancangan berunsur islam dekat tv iaitu Oasis saluran 106 Astro, tv 1, tv 3, tv 9 dan terbaru stesen tv Al-Hijrah. Paling aku suka tonton Indahnya Iman dekat astro Oasis. Banyak sangat zikir yang best-best. Aku suka dengar suara Ustaz Amal, Arwah Ustaz Asri, Ustaz Dzul Karnain, Munif.. InsyaAllah aku akan upload satu zikir yg paling aku suka dan aku hafal, zikir dukacita by Ustaz Amal. Subhanallah,sangat merdu. Oasis memang rancangan yang berunsurkan Islam seperti Imam Muda, Kalam Suci dan macam-macam lagi.
Tv 9 pun sangat bagus sebab banyak rancangan agama seperti Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah, Semanis Kurma, Usrah, Halaqah Sentuhan Qalbudan macam-macam lagi. Kalau tv 3 tersohor dengan Al-Hidayah, Al-Kuliyyah, motivasi Pagi. Kalau tv 1 pulak semestinya forum perdana, hafazan dan banyak lagi. Tapi alhamdulillah, sekarang dah ada betul-betul rancangan televisyen islam macam Al-Hijrah. Suka tengok Assalamualaikum, dapat tengok Irma Hasmi yang kini manis bertudung. Selain itu, KL Berselawat.
Bagus sangat-sangat, sekarang hiburan dapat diganti dengan alunan bacaan ayat suci al- quran, zikir-zikir merdu, selawat dan marhaban. Terima kasih semua, moga-moga lebih banyak lagi ubat hati untuk aku especially :)
p/s: baru tonton Kalam Suci padahal dah lama siar..takpelah,,dapat sedikit ilmu :)
Subscribe to:
Posts (Atom)