Wednesday, 21 December 2011

selingan di pagi hari :)

Assalamualaikum semua..

Dah lama saya menyepi..Sekarang saya menulis hanya untuk diri sendiri, terserah kepada anda untuk membacanya ataupun tidak.. Saya pilih untuk bersikap selfish kali ni..

Sebagai manusia saya percaya kita banyak buat silap tapi tu bukanlah tiket untuk kita selalu buat silap..betul tak? Orang yang bijak ialah orang yang belajar daripada kesilapan dan berusaha untuk tidak berbuat kesilapan yang sama untuk kali kedua..

Saya harap saya pun macam tu,,:)
Bukan senang untuk senang, bukan susah untuk susah..
peringatan untuk diri ini :)
setakat ni dulu,,

Wednesday, 10 August 2011

istiqamah sayang!

bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah, semakin aku sedar aku banyak buat silap dalam hidup aku. Banyak masa yang aku buang, banyak benda yang aku buat sia-sia. Oh, alangkah beruntungnya manusia yang mendapat hidayahMu Ya Allah, alhamdulillah. Aku tidak pasti ini langkah yang terbaek untuk aku, tapi insyaAllah aku akan slow-slow buat untuk terus istiqamah kepadaMu ya Robb. Bantu aku, permudahkanlah jalan aku. Aku mohon.

Sunday, 10 July 2011

kisah cinta

Assalamualaikum,,

Aku manusia biasa. Mesti paham maksud aku kan? Biasalah, fitrah manusia Allah jadikan berpasangan. Lelaki dan perempuan. Sama macam Nabi Adam A.s dan Hawa. Tapi buat masa nih hati aku hanya milik Dia. InsyaAllah selagi belum berkahwin cinta aku milikMu Ya Rabb. Kalau dulu aku selalu berangan nak jadi macam dalam cerita Korea. Biasalah cerita korea kan semua indah-indah, ala-ala sweet camtuh macam movie My Gf is Gumiho.. tersangat in love lah dengan movie tuh. Tapi sekarang semua tuh dah takda dalam kamus hidup aku, tapi aku still tengok cerita korea tapi setakat tengok dan minat je. Sekarang aku lebih terarah untuk lebih mencari cinta yang hakiki. Kalau boleh, taaruf terus nikah dan terus bercinta. Indahnya,, insyaAklah moga termakbul. Ya Allah, berikan hambaMu ini jodoh yang terbaek untuk dunia akhiratnya. Amin :))

Wednesday, 6 July 2011

islamik channel

Assalamulaikum..

Hati tak berapa stabil nih..Perlu banyak lagi ubat hati nih. Tapi alhamdulillah setakat nih banyak sangat rancangan berunsur islam dekat tv iaitu Oasis saluran 106 Astro, tv 1, tv 3, tv 9 dan terbaru stesen tv Al-Hijrah. Paling aku suka tonton Indahnya Iman dekat astro Oasis. Banyak sangat zikir yang best-best. Aku suka dengar suara Ustaz Amal, Arwah Ustaz Asri, Ustaz Dzul Karnain, Munif.. InsyaAllah aku akan upload satu zikir yg paling aku suka dan aku hafal, zikir dukacita by Ustaz Amal. Subhanallah,sangat merdu. Oasis memang rancangan yang berunsurkan Islam seperti Imam Muda, Kalam Suci dan macam-macam lagi.

Tv 9 pun sangat bagus sebab banyak rancangan agama seperti Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah, Semanis Kurma, Usrah, Halaqah Sentuhan Qalbudan macam-macam lagi. Kalau tv 3 tersohor dengan Al-Hidayah, Al-Kuliyyah, motivasi Pagi. Kalau tv 1 pulak semestinya forum perdana, hafazan dan banyak lagi. Tapi alhamdulillah, sekarang dah ada betul-betul rancangan televisyen islam macam Al-Hijrah. Suka tengok Assalamualaikum, dapat tengok Irma Hasmi yang kini manis bertudung. Selain itu, KL Berselawat.

Bagus sangat-sangat, sekarang hiburan dapat diganti dengan alunan bacaan ayat suci al- quran, zikir-zikir merdu, selawat dan marhaban. Terima kasih semua, moga-moga lebih banyak lagi ubat hati untuk aku especially :)

p/s: baru tonton Kalam Suci padahal dah lama siar..takpelah,,dapat sedikit ilmu :)

Tuesday, 28 June 2011

sahabat sejati dunia akhirat :)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum semua, firstly aku sangat bertuah kerana dikelilingi oleh ramai sahabat yang baik- baik, insyaAllah. Waktu aku sedih,waktu aku susah, waktu aku gembira mereka masih bersama aku sampai sekarang. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat since susah nak dapat teman yang selalu bersama kita susah senang :)

Aku nak ucapkan terima kasih banyak- banyak buat Zatu, Josh, Clah, Olin, Fara, Anis and Jannah. Aku harap persahabatan kita semua ikhlas dan diberkati Allah selalu. Aku manusia tak sempurna tanpa kamu. kalau aku salah tolong betulkan, kalau aku tak tahu tolong ajarkan, kalau aku lupa tolong ingatkan. Memang dunia indah jika ada sahabat tapi insyaAllah lebih indah jika bersahabat dunia dan akhirat :)

Adab-adab bersahabat:

* Bersahabat dengan orang yang mempunyai akhlak yang baik
* Bersahabat dengan ikhlas
* Sentiasa bersama susah dan senang, memberi bantuan kepada sahabat dalam kesusahan
* Jangan menghina atau merendahkan sahabat
* Memanggilnya dengan nama yang elok dan disukai


Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Pada hari itu sahabat-sahabat karib setengahnya menjadi musuh bagi setengahnya yang lain kecuali orang yang persahabatannya berdasarkan takwa". ( az-zukhruf:67)

p/s: I love you guys,,anis..Alhamdulillah, pana dah dapat 'ustazah' tuh..;)

sumber Ana Muslim

Saturday, 18 June 2011

Thank You!

Assalamualaikum,,

Terima kasih yang tidak terhingga untuk semua especially my lovely mom, happy family and all of my friends! I love you guys ever. Terima kasih kerana sudi menegur salah silap Pana selama ni, Pana tahu Pana bukan seorang kawan yang baik, sokmo moody. sokmo kurang sabar, tapi
kamu semua tetap sabar dengan Pana. :)
Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud:
Tidaklah berterima kasih kpd Allah sesiapa yg tidak berterima kasih kpd manusia!"
Melalui potongan ayat ni lah, kita sebagai manusia dapat senangkan hati ahli keluarga kita, kawan- kawan kita, masyarakat yang banyak berbuat baik kepada kita. Kalau tak dapat nak berbuat baik sekecil zarah pun at least kita ucap "terima kasih" kepada orang yang selalu buat baik kepada kita.

Sunday, 12 June 2011

Senyumlah :)

Assalamualaikum,,

Aku nak tanya nih, susah sangat ke nak senyum? Payah ke? Buat muka kita jadi kedut-kedut ke? Buat muka kita nampak lebih tua ke? Padahal senyum tu kan sedekah. Kalau anda tak mampu untuk sedekah duit atau harta anda masih boleh bersedekah dengan senyuman anda :))

I like a quote from Heliza Helmi which is one that inspire me in my daily life :) she made a status at her facebook like this if I'm not mistaken, If smile is a donation,then please continue to donate :) What a lovely words. Hopefully all of us try to smile always.

Senyumlah selagi anda mampu tersenyum dan membuat orang disekeliling anda untuk tersenyum dan senyuman tidak merugikan and malah anda akan sentiasa disenangi oleh ramai orang dan insyaAllah awet muda iaitu anda akan nampak lebih muda.

Aku nak bagi satu contoh, untuk semua pekerja yang menawarkan khidmat atau service termasuklah kedai-kedai yang jual produk segala macam bagai tu. Anda mestilah senyum dan senyum untuk buat pembeli tu rasa senang hati nak datang balik ke kedai anda. Anda menawarkan kami khidmat anda tapi anda tidak menghormati kami sebagai pelanggan anda iaitu memberi kami service yang kurang baik, tidak mempamerkan senyuman malah anda juga tidak mengalu-alukan kami, tapi kalau terdesak terpaksa jugalah kami mendapatkan khidmat anda yang bekerja di sektor perkhidmatan misalnya. Bukankah akhlak cerminan jiwa dan iman kita? renung-renungkanlah.

p/s: susah sangat ke nak senyum? Untuk lebih penerangan dan ilmu, rujuk sini Paradigma


Friday, 10 June 2011

Aku dan Al-Quran

Assalamualaikum,,

Cerita aku kali ni pasal Al-Quranul Karim iaitu kalam Allah yang banyak mukjizat yang telah merubah hidup aku. Sebenarnya dulu aku stop berblogging sebab aku kurang sehat dan masa tuh jugak la banyak aktiviti aku mula berubah sebab mungkin badan tak berapa berdaya. Sejujurnya aku memang suka baca quran tapi jarang atau mungkin tak pernah nak memahami maksud ayat-ayat quran yang aku baca tuh. Sampai lah aku start sakit-sakit aku mula lebih mendekatkan diri kepada Allah. Memang manusia macam aku ni masa susah, sakit, sedih baru teringat untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah. Tapi ada hikmah jugak aku sakit tuh, Allah buat aku lebih menghargai nikmat sehat dan nikmat masa yang telah berlalu pergi. Alhamdulillah dan InsyaAllah aku dah beransur sehat :)

Okey,back to the main topic. Aku ni suka mengaji surah-surah yang ringkas dan senang macam Al-Mulk, Al-Waqiah, Ar-Rahman, Yassin sampai lah sepupu aku balik Malaysia dan bagitahu elok amal baca surah Al-Kahfi. Start hari tu bacalah Surahtul kahfi tu sampai sorang kawan aku bagitahu aku elok baca surah Al-Hasyr yang bermaksud pengusiran which is memang sesuai untuk aku yang sakit. Ustazah surah aku baca surah Al-Jinn. Dan aku ni setiap kali dapat tahu pasal kelebihan surah atau ayat quran ni mesti akan share dengan nenek tersayang,Wan Alih-alih sebab terlalu banyak aku cerita pasal surah-surah atau ayat-ayat tertentu dalam Al-quran tuh Wan kenakan aku. Dia cakap macam ni, "bacalah surah apepun, memang sebuah Al-quran tuh bermanfaat". Terkena aku. Tulah memang sebuah Al-Quran tuh penawar untuk segala penyakit sama ada rohani mahupun jasmani.


Betul tak? Sekarang ni tengah in love dengan Surah Ad-dukhan :)) Banyak lagi yang perlu aku perbetulkan terutama tajwid. Ada sesiapa yang teringin nak jadi guru mengaji aku tak??

mukaddimah :)

Assalamulaikum,,

Rindu benar aku nak menaip macam dulu-dulu. Firstly I wanna say a lot of thanks to my loyal follower and also a loyal friend to me, Miss Anis Azira which is always supporting and encourage me in everything I do. I love you dear,,

Sebenarnya aku nak guna ganti diri 'saya' untuk permulaan belog aku yang baru ni dan memansuhkan kata diri 'aku' tapi atas sebab belog ni "as a monologue inside" so aku rasa tak sesuai la kalau aku bahasakan diri aku ni 'saya'. Memang la 'saya' tu nampak more feminine, lembut, sopan tapi rasa nya 'aku' lebih sesuai untuk menggambarkan sisi dalam diri seseorang kan?

Dan aku harap entry kali ni lebih telus dan jujur dari aku. Ni baru mukaddimah, harap sabar untuk membaca di lain entry. Selamat pagi sabtu,,

Sunday, 5 June 2011

Apple of the day :)

Assalamualaikum..

First of all, I really missed to write again.again and again. Now, I get the spirit to write again and sharing everything in my life but InsyaALLAH this new blog will show the difference side of me, insyaALLAH. This blog will be a medium for me to express my thoughts, opinions, passions and expressions. Hopefully this blog will be like a 'an apple a day' for some of bloggers out there :)) what say you?

Salam taaruf,,