Wednesday, 21 December 2011

selingan di pagi hari :)

Assalamualaikum semua..

Dah lama saya menyepi..Sekarang saya menulis hanya untuk diri sendiri, terserah kepada anda untuk membacanya ataupun tidak.. Saya pilih untuk bersikap selfish kali ni..

Sebagai manusia saya percaya kita banyak buat silap tapi tu bukanlah tiket untuk kita selalu buat silap..betul tak? Orang yang bijak ialah orang yang belajar daripada kesilapan dan berusaha untuk tidak berbuat kesilapan yang sama untuk kali kedua..

Saya harap saya pun macam tu,,:)
Bukan senang untuk senang, bukan susah untuk susah..
peringatan untuk diri ini :)
setakat ni dulu,,

Wednesday, 10 August 2011

istiqamah sayang!

bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah, semakin aku sedar aku banyak buat silap dalam hidup aku. Banyak masa yang aku buang, banyak benda yang aku buat sia-sia. Oh, alangkah beruntungnya manusia yang mendapat hidayahMu Ya Allah, alhamdulillah. Aku tidak pasti ini langkah yang terbaek untuk aku, tapi insyaAllah aku akan slow-slow buat untuk terus istiqamah kepadaMu ya Robb. Bantu aku, permudahkanlah jalan aku. Aku mohon.

Sunday, 10 July 2011

kisah cinta

Assalamualaikum,,

Aku manusia biasa. Mesti paham maksud aku kan? Biasalah, fitrah manusia Allah jadikan berpasangan. Lelaki dan perempuan. Sama macam Nabi Adam A.s dan Hawa. Tapi buat masa nih hati aku hanya milik Dia. InsyaAllah selagi belum berkahwin cinta aku milikMu Ya Rabb. Kalau dulu aku selalu berangan nak jadi macam dalam cerita Korea. Biasalah cerita korea kan semua indah-indah, ala-ala sweet camtuh macam movie My Gf is Gumiho.. tersangat in love lah dengan movie tuh. Tapi sekarang semua tuh dah takda dalam kamus hidup aku, tapi aku still tengok cerita korea tapi setakat tengok dan minat je. Sekarang aku lebih terarah untuk lebih mencari cinta yang hakiki. Kalau boleh, taaruf terus nikah dan terus bercinta. Indahnya,, insyaAklah moga termakbul. Ya Allah, berikan hambaMu ini jodoh yang terbaek untuk dunia akhiratnya. Amin :))

Wednesday, 6 July 2011

islamik channel

Assalamulaikum..

Hati tak berapa stabil nih..Perlu banyak lagi ubat hati nih. Tapi alhamdulillah setakat nih banyak sangat rancangan berunsur islam dekat tv iaitu Oasis saluran 106 Astro, tv 1, tv 3, tv 9 dan terbaru stesen tv Al-Hijrah. Paling aku suka tonton Indahnya Iman dekat astro Oasis. Banyak sangat zikir yang best-best. Aku suka dengar suara Ustaz Amal, Arwah Ustaz Asri, Ustaz Dzul Karnain, Munif.. InsyaAllah aku akan upload satu zikir yg paling aku suka dan aku hafal, zikir dukacita by Ustaz Amal. Subhanallah,sangat merdu. Oasis memang rancangan yang berunsurkan Islam seperti Imam Muda, Kalam Suci dan macam-macam lagi.

Tv 9 pun sangat bagus sebab banyak rancangan agama seperti Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah, Semanis Kurma, Usrah, Halaqah Sentuhan Qalbudan macam-macam lagi. Kalau tv 3 tersohor dengan Al-Hidayah, Al-Kuliyyah, motivasi Pagi. Kalau tv 1 pulak semestinya forum perdana, hafazan dan banyak lagi. Tapi alhamdulillah, sekarang dah ada betul-betul rancangan televisyen islam macam Al-Hijrah. Suka tengok Assalamualaikum, dapat tengok Irma Hasmi yang kini manis bertudung. Selain itu, KL Berselawat.

Bagus sangat-sangat, sekarang hiburan dapat diganti dengan alunan bacaan ayat suci al- quran, zikir-zikir merdu, selawat dan marhaban. Terima kasih semua, moga-moga lebih banyak lagi ubat hati untuk aku especially :)

p/s: baru tonton Kalam Suci padahal dah lama siar..takpelah,,dapat sedikit ilmu :)

Tuesday, 28 June 2011

sahabat sejati dunia akhirat :)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum semua, firstly aku sangat bertuah kerana dikelilingi oleh ramai sahabat yang baik- baik, insyaAllah. Waktu aku sedih,waktu aku susah, waktu aku gembira mereka masih bersama aku sampai sekarang. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat since susah nak dapat teman yang selalu bersama kita susah senang :)

Aku nak ucapkan terima kasih banyak- banyak buat Zatu, Josh, Clah, Olin, Fara, Anis and Jannah. Aku harap persahabatan kita semua ikhlas dan diberkati Allah selalu. Aku manusia tak sempurna tanpa kamu. kalau aku salah tolong betulkan, kalau aku tak tahu tolong ajarkan, kalau aku lupa tolong ingatkan. Memang dunia indah jika ada sahabat tapi insyaAllah lebih indah jika bersahabat dunia dan akhirat :)

Adab-adab bersahabat:

* Bersahabat dengan orang yang mempunyai akhlak yang baik
* Bersahabat dengan ikhlas
* Sentiasa bersama susah dan senang, memberi bantuan kepada sahabat dalam kesusahan
* Jangan menghina atau merendahkan sahabat
* Memanggilnya dengan nama yang elok dan disukai


Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Pada hari itu sahabat-sahabat karib setengahnya menjadi musuh bagi setengahnya yang lain kecuali orang yang persahabatannya berdasarkan takwa". ( az-zukhruf:67)

p/s: I love you guys,,anis..Alhamdulillah, pana dah dapat 'ustazah' tuh..;)

sumber Ana Muslim

Saturday, 18 June 2011

Thank You!

Assalamualaikum,,

Terima kasih yang tidak terhingga untuk semua especially my lovely mom, happy family and all of my friends! I love you guys ever. Terima kasih kerana sudi menegur salah silap Pana selama ni, Pana tahu Pana bukan seorang kawan yang baik, sokmo moody. sokmo kurang sabar, tapi
kamu semua tetap sabar dengan Pana. :)
Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud:
Tidaklah berterima kasih kpd Allah sesiapa yg tidak berterima kasih kpd manusia!"
Melalui potongan ayat ni lah, kita sebagai manusia dapat senangkan hati ahli keluarga kita, kawan- kawan kita, masyarakat yang banyak berbuat baik kepada kita. Kalau tak dapat nak berbuat baik sekecil zarah pun at least kita ucap "terima kasih" kepada orang yang selalu buat baik kepada kita.

Sunday, 12 June 2011

Senyumlah :)

Assalamualaikum,,

Aku nak tanya nih, susah sangat ke nak senyum? Payah ke? Buat muka kita jadi kedut-kedut ke? Buat muka kita nampak lebih tua ke? Padahal senyum tu kan sedekah. Kalau anda tak mampu untuk sedekah duit atau harta anda masih boleh bersedekah dengan senyuman anda :))

I like a quote from Heliza Helmi which is one that inspire me in my daily life :) she made a status at her facebook like this if I'm not mistaken, If smile is a donation,then please continue to donate :) What a lovely words. Hopefully all of us try to smile always.

Senyumlah selagi anda mampu tersenyum dan membuat orang disekeliling anda untuk tersenyum dan senyuman tidak merugikan and malah anda akan sentiasa disenangi oleh ramai orang dan insyaAllah awet muda iaitu anda akan nampak lebih muda.

Aku nak bagi satu contoh, untuk semua pekerja yang menawarkan khidmat atau service termasuklah kedai-kedai yang jual produk segala macam bagai tu. Anda mestilah senyum dan senyum untuk buat pembeli tu rasa senang hati nak datang balik ke kedai anda. Anda menawarkan kami khidmat anda tapi anda tidak menghormati kami sebagai pelanggan anda iaitu memberi kami service yang kurang baik, tidak mempamerkan senyuman malah anda juga tidak mengalu-alukan kami, tapi kalau terdesak terpaksa jugalah kami mendapatkan khidmat anda yang bekerja di sektor perkhidmatan misalnya. Bukankah akhlak cerminan jiwa dan iman kita? renung-renungkanlah.

p/s: susah sangat ke nak senyum? Untuk lebih penerangan dan ilmu, rujuk sini Paradigma